SUKAN MENJANA ATLET SEIMBANG

MELAHIRKAN ATLET AMAT SUKAR TETAPI MENCIPTA ATLET AMAT MUDAH

Isnin, 17 Januari 2011

MERENTAS DESA MSSD KOTA SETAR 2011

PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA
MSSD KOTA SETAR KE- 9, TAHUN 2011.

1.     TARIKH, MASA DAN TEMPAT KEJOHANAN
1.1 Tarikh          :           09 FEBRUARI 2011
1.2 Masa           :           7.30 PAGI
1.3 Tempat        :           SMK. JABI

2.     UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini pada keseluruhannya dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah (MSSK).

3.     JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan secara individu dan berpasukan.

4.     KATEGORI PENYERTAAN, HAD UMUR DAN JARAK LARIAN
4.1
BIL
KATEGORI DAN HAD UMUR PESERTA
JARAK LARIAN
1.
BAWAH 18 TAHUN LELAKI
(Tidak lebih 18 tahun pada 01.01.2011)
8 KM
2.
BAWAH 15 TAHUN LELAKI
(Tidak lebih 15 tahun pada 01.01.2011)
6 KM
3.
BAWAH 12 TAHUN LELAKI
(Tidak lebih 12 tahun pada 01.01.2011)
4 KM
4.
BAWAH 18 TAHUN PEREMPUAN
(Tidak lebih 18 tahun pada 01.01.2011)
6 KM
5.
BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAN
(Tidak lebih 15 tahun pada 01.01.2011)
6 KM
6.
BAWAH 12 TAHUN PEREMPUAN
(Tidak lebih 12 tahun pada 01.01.2011)
4 KM


4.2  Seorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi pertandingan ini. Peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur lebih tinggi daripada kumpulan umurnya.
4.3  Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan sekiranya ada bantahan.

5.     PETA LALUAN ( Dilampirkan )

6.     PENDAFTARAN PESERTA
6.1 Setiap sekolah dikehendaki mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori pertandingan.
6.2 Setiap kategori dibenarkan mendaftar LAPAN (8) peserta sahaja. Manakala sekolah rendah hanya EMPAT (4) orang peserta sahaja bagi setiap kategori
6.3 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada Borang Pendaftaran Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
6.4 Setiap sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap peserta yang didaftarkan sihat dan berkemampuan untuk menyertai pertandingan ini serta mendapat surat kebenaran waris
6.5 Borang penyertaan yang telah lengkap diisi berserta dengan salinan fotostat Kad Pengenalan atau Sijil Lahir yang disahkan hendaklah dihantar pada atau sebelum 25 JANUARI 2011 kepada:

Pengerusi Pengelola Kejohanan Merentas Desa,
Kejohanan Merentas Desa MSSD Kota Setar 2011,
SMK. JABI, Pokok Sena,
06400 Alor Star.

No. Tel: 04-7876755      No. Fax: 7870855   email:  kea2178.ppdkotasetar@gmail.com

7.  KELAYAKAN PESERTA
7.1 Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah kerajaan, sekolah agensi kerajaan lain dan sekolah swasta yang berdaftar dengan MSSK adalah layak menyertai kejohanan ini.
7.2 Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia tidak layak menyertai kejohanan ini.
7.3 Pelajar Tingkatan 6 TIDAK boleh didaftar dalam kategori Bawah Umur 18 tahun. Penyertaan mereka tidak dibenarkan sama sekali.
     
8. KIRAAN MATA
BIL.
KEDUDUKAN
MATA
1
Pertama
1
2
Kedua
2
3
Ketiga
3
4
Keempat
4
5
Kelima
5
6
Keenam
6
7
Ketujuh
7
8
Kelapan
8
9
Kesembilan
9
10
Kesepuluh
10
11
Kesebelas – seterusnya
Seterusnya mengikut susunan


9.  PENSKORAN PERTANDINGAN KATEGORI BERPASUKAN (sek. Menengah)
   9.1 Hanya pencapaian terbaik 6 (enam) peserta yang menamatkan larian akan dikira untuk  
   menentukan kedudukan pasukan
   9.2 Pasukan yang mendapat agregat (mata) terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.
   9.3 Jika berlaku seri, kedudukan peserta tempat KEENAM terbaik akan diambil kira.
   9.4 Peringkat sekolah rendah hanya dipertandingkan secara individu.

10.  NOMBOR PESERTA
10.1 Mengikut nombor dan huruf yang telah ditetapkan seperti yang digunakan semasa Kejohanan Olahraga MSSD Kota Setar.
10.2 Setiap peserta hendaklah memakai sepasang nombor di depan dan di belakang baju peserta dan disematkan dengan pin pada keempat-empat penjuru kain nombor.
10.3 Setiap sekolah dikehendaki menyediakan kain nombor masing-masing. Warna kain adalah seperti berikut:

KATEGORI UMUR
18 LELAKI
18 PEREMPUAN
15 LELAKI
15 PEREMPUAN
12 LELAKI
12 PEREMPUAN
BIRU
HIJAU
KUNING
MERAH
PUTIH
JINGGA

11.  PAKAIAN
11.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas sewaktu mengambil bahagian dan pada majlis penyampaian hadiah.

12.  PEMBATALAN PESERTA
12.1 Peserta-peserta yang tidak lengkap tanda-tanda pengenalan atau pengesahan larian yang akan dinyatakan semasa taklimat akan dibatalkan penyertaannya.

13.  BANTAHAN
13.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mematuhi Prosedur Peraturan 147 KOAM.
13.2 Bantahan mengenai keputusan hendaklah dilakukan dalam masa SEPULUH (10) MINIT selepas keputusan rasmi diumumkan.
13.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu ratus sahaja).

14.  HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
14.1 Jawatankuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam peraturan ini dan Peraturan Am MSSK/MSSM dan Undang-Undang KOAM.
14.2 Jawatankuasa pengelola tidak bertanggungjawab  atas sebarang kecederaan, kemalangan dan kehilangan harta benda kepunyaan peserta dan pegawai semasa pertandingan dijalankan. 14.3 Walaubagaimanapun, pihak pengelola berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan  keselamatan peserta dan pegawai terjamin semasa pertandingan ini. 
15.  TAKLIMAT DAN PENGUJIAN LALUAN
15.1 Taklimat dan pengujian ini akan diadakan pada:
       Tarikh        :  01 FEBRUARI  2011
       Masa         :  11.00 PAGI
       Tempat      :  SMK Jabi
Disediakan oleh:
Pengerusi Teknik Pembangunan Balapan Dan Padang MSSD Kota Setar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan