SUKAN MENJANA ATLET SEIMBANG

MELAHIRKAN ATLET AMAT SUKAR TETAPI MENCIPTA ATLET AMAT MUDAH

Jumaat, 7 Januari 2011

MAJLIS PELANCARAN SKUAD LIGA SUPER KELANTAN 2011

KAPTEN KELANTAN PIYA
JUARA PIALA MALAYSIA 2010 HARI INI JAM 3.00 PETANG BERTEMPAT DI KB MALL, MEMPERKENALKAN BARISAN PEMAIN , JURULATIH,PENAJA DAN JERSI BARU. TERIMA KASIH KEPADA PEMILIK PASUKAN CARDIFF CITY KINI BERADA DITANGGA KEDUA DIVISYEN 1 INGGERIS YANG MELUANGKAN MASA UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS PADA PETANG TADI.
Lebih 1,000 penyokong setia The Red Warriors membanjiri salah satu pusat beli-belah di Kota Bharu untuk melihat dengan lebih dekat pemain-pemain kesayangan mereka.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Kelab Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee yang turut melancarkan kad keahlian kelab The Red Warriors.

Paling istimewa anak Tian Ghee, Nicholas Chan yang berusia 18 tahun akan turut memperkuatkan skuad Kelantan musim depan dan dikatakan akan menjadi bintang baru.

Musim 2011 menyaksikan skuad The Red Worriors membariskan sembilan muka baru iaitu K. Soley, Nurul Azuwan Roya, Wan Rohaimi Ismail, Daniel Fadly Abdullah, Khairan Ezuan Rozali, Nicolas Chan, Norhadi Ubaidillah, Muhammad Abdul Aziz Ismail dan Mohd. Khalid Jamlus (Kontrak 6 bulan)
JERSI BARU INI BERHARGA RM79.00 SEHELAI BOLEH DI BELI DI BUTIK UMBRO DAN WAKIL TRW.

Datuk Tien Ghee turut membuat pengumuman mengejut apabila memberikan penajaan sebanyak RM100,000 kepada Kelantan dan berjanji akan membawa pegawai, pemain dan penyokong bertuah ke Cardiff untuk bertemu dengan penyerang sensasinya, Craig Bellamy.

Dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang mantap, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan bekerjasama dengan kelab bola sepak England, Cardiff City dalam semua aspek termasuk pengurusan.KAFA meminta pertolongan daripada Cardiff untuk mereka bentuk stadium kerana CCFC mempunyai stadium bola sepak yang cantik biarpun kecil.
 JUMLAH TAJAAN : RM800,000.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan