SUKAN MENJANA ATLET SEIMBANG

MELAHIRKAN ATLET AMAT SUKAR TETAPI MENCIPTA ATLET AMAT MUDAH

Rabu, 5 Januari 2011

KEJOHANAN PING PONG MSSD KOTA SETAR 2011 & PELANCARAN SKUAD KEDAH 2011



Wakil daripada sekolah dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 26 dan 27 JANUARI 2011 (Rabu & Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Abadi, SMJK Keat Hwa II



Mengembalikan jawapannya kepada pihak pengelola selewat-lewatnya pada atau sebelum 17 JANUARI 2011.

Satu taklimat bagi pengurus pasukan dan upacara pengundian bagi pasukan yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini akan diadakan pada:

Tarikh : 20 JANUARI 2011 (Khamis )
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMJK Keat Hwa II

PELANCARAN SKUAD LIGA SUPER KEDAH 2011

 5 Disember 2011  Alor Setar- Bertempat di Hotel Regency,  Alor Setar telah berlangsung Majlis Pelancaran Skuad Liga Super Kedah dan jersi untuk musim 2011 yang ditaja oleh syarikat sukan Lotto. Tahniah kepada wira-wira Kedah yangg turut beraksi dengan skuad kebangsaan ketika menjulang Piala AFF Suzuki iaitu Amar Rohidan, Sabre Abu, Faizal Abu Bakar, Khyril Muhymeen dan Khairul Helmi Johari. Perlembaan baru bola sepak negara, presiden bola sepak negeri bukan lagi automatik kepada menteri besar atau ketua menteri tapi melalui pengundian di kongres masing-masing. Namun,, di KFA, jawatan untuk Presiden KFA disandang oleh YAB Menteri Besar Kedah selepas menang tanpa bertanding.


Pendapatan  KFA tahun lepas

  1. Penajaan PKNK = RM 3 juta
  2. Kutipan tiket = sekitar RM 1.8 juta
  3. Perbelanjaan skuad liga super = RM 3.9 juta
  4. Perbelanjaan skuad piala presiden = RM 549 ribu

Kredit diberikan kepada KFA kerana walaupun mengalami kewangan yang terhad namun kebajikan pasukan tetap diutamakan.


Peminat kena setia, kalah atau menang, kena teruskan sokongan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan