SUKAN MENJANA ATLET SEIMBANG

MELAHIRKAN ATLET AMAT SUKAR TETAPI MENCIPTA ATLET AMAT MUDAH

Isnin, 17 Januari 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS DAERAH KOTA SETAR 2011

PERATURAN PERTANDINGAN
BOLA SEPAK MSSD KOTA SETAR 2011


1.         PENGELOLAAN




Pertandingan ini dikelolakan bersama oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan (Pengerusi) dan Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah (Naib Pengerusi) di bawah anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Kota Setar.


2.         UNDANG-UNDANG PERMAINAN





2.1 Selain daripada undang-undang yang terkandung, pertandingan ini dijalankan 
      mengikut Undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan 
      Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

2.2 Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis
      Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

2.3 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang
      Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa
      (FIFA).

2.4 Bagi pertandingan Bawah 12 tahun, undang-undang berkaitan keluasan padang
      adalah seperti yang dilampirkan.

            2.5 Undang-undang berkaitan dengan bola pertandingan bagi kategori Bawah 12
                  tahun, akan menggunakan bola sepak saiz 4.


3.         PENYERTAAN




            3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah yang bergabung dengan Majlis
                 Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Daerah Kota Setar.

            3.2 Setiap sekolah berhak menghantar satu pasukan sahaja bagi satu-satu peringkat 
                  umur.

            3.3 Pengurus Pertandingan (Sekolah Pengelola) akan menguruskan semua
                  permohonan penyertaan dan menentukan tarikh tutup permohonan tertakluk
      kepada keputusan sebulat suara yang dibuat semasa mesyuarat Pengurus-
      pengurus Pasukan.
       


4.         KELAYAKAN PEMAIN




            4.1 Seorang pemain yang berdaftar dengan sekolah adalah layak mengambil bahagian
      dalam pertandingan yang sama.

4.2 Seorang pemain yang telah berdaftar dengan satu pasukan tidak layak lagi didaftar dengan pasukan lain dalam siri pertandingan yang sama (meskipun dari daerah  yang berlainan).

 
4.3 Kelayakan umur pemain adalah seperti berikut :

                  4.3.1 Pemain yang lahir pada atau selepas 01 JANUARI 1999, layak bermain  
                           dalam Kategori Bawah 12 Tahun.
                  4.3.2 Pemain yang lahir pada atau selepas 01 JANUARI 1996, layak bermain  
                           dalam Kategori Bawah 15 Tahun.
                  4.3.3 Pemain yang lahir pada atau selepas 01 JANUARI 1993, layak bermain  
                           dalam Kategori Bawah 18 Tahun. (Tertakluk kepada perkara 4.1)
                  4.3.4 Nombor Pendaftaran Sekolah (School Registration Number) MESTI ditulis
               pada ruang yang disediakan di Borang Pendaftaran Pemain / Senarai
   Pemain.

            4.4 Pemain Kategori Bawah 15 Tahun dan Kategori Bawah 18 Tahun perlu
                  menunjukkan Kad Pengenalan atau Surat Akuan JPN 1/9 atau JPN 1/11 yang
      disahkan (dokumen ini dikeluarkan oleh  Ibu Pejabat Pendaftaran, Petaling Jaya)
      kepada pegawai bertugas di padang permainan yang dilantik oleh Jawatankuasa   
      Pengelola.

4.5 Pemain Kategori Bawah 12 Tahun dikehendaki menunjukkan salinan Surat
      Beranak yang disahkan oleh Guru Besar masing-masing. Mana-mana pemain
      Bawah 15 Tahun yang sedang belajar dalam Tingkatan Satu tetapi masih belum   
      mempunyai Kad Pengenalan, salinan Surat Beranak yang disahkan Pengetua
      perlu digunakan sekiranya belum memiliki JPN 1/9 atau JPN 1/11.

4.6 Sebarang pertikaian hak dan status mana-mana pemain akan ditentukan dan
      diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingannya dan keputusannya adalah
      muktamad.


5.         PENDAFTARAN DAN WARNA JERSI




            5.1 Hanya pemain yang didaftarkan di dalam Borang C07 sahaja boleh mengambil
                  bahagian dalam pertandingan bola sepak ini.

5.2 Seramai 18 orang pemain dan EMPAT ORANG pegawai (dikalangan WARGA JABATAN PELAJARAN sekolah SAHAJA) hendaklah didaftar bagi setiap pasukan. Pendaftaran bagi setiap perlawanan ialah 18 orang pemain dan 11 pemain utama sahaja akan masuk ke padang. Selebihnya adalah pemain simpanan. Ini tidak termasuk pemain yang dikenakan hukuman gantung permainan.

            5.3 Borang senarai pemain (starting list) untuk setiap perlawanan mesti
      diserahkan kepada pegawai perlawanan (Guru / Pegawai Bertugas) sebelum
      sesuatu perlawanan itu dimulakan. Senarai  pemain dan EMPAT (4) orang 
pegawai (WARGA JABATAN PELAJARAN sekolah SAHAJA) bagi setiap pasukan yang didaftarkan sepanjang pertandingan ini adalah dikira muktamad. Pengelola akan menyediakan Borang  Senarai Pemain yang lengkap dan  Pengurus atau Jurulatih hanya perlu menandakan ( / ) sebagai pemain utama atau ( X ) sebagai pemain simpanan di ruang STATUS PEMAIN.

CATATAN : Senarai 18 pemain dan EMPAT (4) orang pegawai (WARGA JABATAN PELAJARAN sekolah SAHAJA) yang didaftarkan di borang pendaftaran pemain / senarai pemain pada hari perlawanan pertama adalah dikira muktamad pada sepanjang kejohanan ini.

5.4   Setiap pasukan dikehendaki menyediakan dan mendaftar satu set warna jersi
                 bagi setiap kategori semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Sekiranya 
                 terdapat masalah persamaan warna maka pasukan pelawat perlu menukar jersi
                 yang berwarna berlainan kerana pihak pengelola tidak menyediakan jersi. Nama
                 pasukan yang disebut dahulu adalah dikira sebagai tuan rumah.
    
                  CATATAN  : Pengurus-pengurus pasukan yang terlibat, sila berunding mengenai
                                      warna jersi yang akan digunakan sebelum hari perlawanan.



6.         FORMAT PERTANDINGAN




Sila rujuk Peraturan Am (8) Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.

Ada dua (2) jenis format pertandingan bagi kategori Bawah 18 Tahun.

* Pasukan yang bertanding dibahagikan kepada DUA DIVISYEN dengan LAPAN (6) kumpulan iaitu  ABCDEF.

  • DIVISYEN SATU terdiri daripada Kumpulan A dan Kumpulan B
  • DIVISYEN DUA terdiri daripada Kumpulan C, D, E, dan  F.

*Pusingan Awal akan dijalankan secara LIGA kumpulan dengan menggunakan peraturan dan undang-undang pertandingan liga.

DIVISYEN SATU (KUMPULAN A & KUMPULAN B)

Dua pasukan terbaik dari kumpulan  A dan B secara automatik layak ke Separuh Akhir.
  
Perlawanan dalam Separuh Akhir dan Akhir adalah secara kalah mati dengan menggunakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

Pertandingan tempat ketiga dan keempat TIDAK akan diadakan.

DIVISYEN DUA (KUMPULAN C, D, E, F,)

Pasukan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bermain di peringkat suku akhir secara kalah mati dengan menggunakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

Perlawanan dalam Separuh Akhir dan Akhir adalah secara kalah mati dengan menggunakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

Pertandingan tempat ketiga dan keempat TIDAK akan diadakan.

6.1 MATA DAN KEDUDUKAN PASUKAN DALAM PUSINGAN AWAL (LIGA).

                  Pada peringkat ini, Pasukan yang menang memperolehi 3 mata, seri 1 mata dan 
                  kalah 0 mata. Jika terdapat persamaan mata dalam menentukan JOHAN dan NAIB
                  JOHAN kumpulan , maka penentuan adalah berdasarkan perkara-perkara berikut :
           
                  6.1.1  Perbezaan jaringan yang banyak.
                  6.1.2  Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak.
                  6.1.3  Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dalam perlawanan liga.
   (head to head)
                  6.1.4 Sekiranya tiada keputusan, maka keputusan akan ditentukan oleh pihak pengelola (lambungan duit) dan keputusannya adalah muktamad.             

          6.2 FORMAT PERMAINAN KALAH MATI. 

                Format ini akan dijalankan pada peringkat suku akhir,separuh akhir dan akhir.
   Jika berlaku seri , maka masa tambahan diberikan (Rujuk tempoh permainan) dan
                jaringan emas TIDAK AKAN digunapakai. Sekiranya selepas tamat masa tambahan
                kedudukan masih seri, maka keputusannya akan ditentukan dengan mengambil
                sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada.

          6.3 TEMPOH PERMAINAN

                 6.3.1 PUSINGAN AWAL (LIGA)


KATEGORI


SETIAP SEPARUH MASA

REHAT
BAWAH 15 TAHUN
25 MINIT
5 MINIT
BAWAH 18 TAHUN
30 MINIT
5 MINIT




6.3.2 SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR, AKHIR
                 * JIKA SERI, PERATURAN TAMBAHAN MASA DIGUNAPAKAI.



KATEGORI



SETIAP SEPARUH MASA


REHAT

MASA TAMBAHAN
BAWAH 15 TAHUN
35 MINIT
5 MINIT
7.5 + 7.5 MINIT
BAWAH 18 TAHUN
40 MINIT
5 MINIT
10  + 10  MINIT



           
          6.4 PERTUKARAN PEMAIN

                Seramai LIMA (5) orang pemain daripada 18 yang didaftarkan pada setiap
    perlawanan boleh ditukarkan pada bila-bila masa permainan dengan mengisi
    Borang Pertukaran Pemain yang akan disediakan.


7.         PAKAIAN PEMAIN




            7.1 Sila rujuk peraturan antarabangsa.
            7.2 Setiap jersi yang digunakan hendaklah bernombor sepertimana yang dicatat
      dalam borang pendaftaran C07.
            7.3 Setiap pemain diwajibkan memakai “shin-guards “.
            7.4 Semua pemain diwajibkan memakai kasut bola / “football boots “ bersama sarung
      kaki (stockings) yang menutupi “ shin-guards “.
7.5 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian kemas dengan memasukkan jersi 
      ke dalam seluar.
            7.6 Ketua Pasukan (Team Captain) atau penggantinya diwajibkan memakai “arm
      band “




8.         PENGADIL DAN PEMBANTU PENGADIL




Pihak Pengelola dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menyediakan pengadil dan pembantu pengadil. Setiap bayaran pengadil dan dua orang pembantu pengadil bagi sesuatu perlawanan adalah menjadi tanggungjawab sekolah yang bertanding. Bayaran Pengadilan adalah secara TUNAI dan dapatkan resit rasmi daripada Pegawai / Guru Bertugas. Pihak pengelola BERHAK menuntut bayaran pengadilan daripada sekolah yang gagal menghadiri perlawanan.

Bayaran-bayaran adalah seperti berikut:

1)  PENGADILAN    =                RM 25.00 TUNAI SETIAP PERLAWANAN BAGI SETIAP PASUKAN.
2)  PENYERTAAN   =    RM 50.00 TUNAI BAGI SETIAP PASUKAN.

·         PENGURUS/JURULATIH DIPINTA MEMBAWA BERSAMA BAYARAN PENYERTAAN
PASUKAN ATAU PASUKAN-PASUKAN ANDA PADA HARI MESYUARAT
PENGURUS-PENGURUS PASUKAN.


9.         MENARIK DIRI, MENYERAH KALAH DAN KELEWATAN




            9.1 Menarik diri atau menyerah kalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
            9.2 Pasukan yang menarik diri dalam pusingan awal TIDAK LAYAK untuk meneruskan
      perlawanan peringkat seterusnya.
            9.3 Bagi pasukan yang menarik diri semasa perlawanan sedang berjalan, kesemua
      perlawanan pasukan terbabit TIDAK DIAMBILKIRA.
9.4 Bagi pertandingan pusingan awal dan peringkat kalah mati kelewatan melebihi 15
minit dari jadual perlawanan, maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan mata kemenangan 3 mata dan jaringan 3 – 0.
            9.5 Mana-mana pasukan / sekolah yang enggan bermain, menarik diri atau enggan
      meneruskan perlawanan akan dikenakan tindakan tatatertib dan pihak Pengelola
      berhak membuat laporan bertulis kepada pihak PPD Kota Setar.

 

10.       BANTAHAN




Sebarang bantahan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan (GURU SAHAJA) dengan menyerahkan bersama Surat Bantahan beserta wang sejumlah RM 200.00 sahaja kepada Pengelola dalam tempoh :  15 minit selepas perlawanan tamat.
Wang RM 200.00 tersebut akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut didapati benar oleh Juri Rayuan. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
(Sila rujuk senarai juri rayuan yang dilampirkan).



11.       AMARAN KAD KUNING DAN KAD MERAH
            PERATURAN TATATERTIB MSSM




Di bawah kuasa yang diberikan dalam Peraturan Am 15 MSSM, AJK Pengelola Pertandingan membuat satu keputusan dalam “AMARAN KAD KUNING / KAD MERAH” seperti berikut:
 
A.    2 (dua) amaran dalam masa pertandingan - gantung 1 (satu) perlawanan
B.    2 (dua) amaran dalam perlawanan             - gantung 1 (satu) perlawanan
C.   Perintah keluar padang                               - gantung 2 (dua) perlawanan
D.   Perintah keluar padang atas kesalahan yang serius - gantung semua perlawanan dan tindakan  tatatertib akan dikenakan.
·         Semua pengurus / jurulatih perlu peka dalam hal ini.



12.      ETIKA PERMAINAN




Pengurus (GURU) dan Jurulatih pasukan (Warga Jabatan Pelajaran) bertanggungjawab kepada etika dan tingkah laku pegawai, pemain dan para penyokong pasukannya serta memastikan semangat kesukanan yang tulin terpelihara. Konsep “Fair Play, Please “ anjuran FIFA/FAM perlu ditegaskan.

Sebarang bentuk penipuan dalam pendaftaran, sengaja tidak hadir dalam perlawanan atau menunjukkan sikap kurang sopan terhadap mana-mana pegawai pertandingan atau pemain, atau keluar padang memprotes keputusan pengadil (referi) dan pembantu pengadil adalah antara perbuatan yang dianggap serius dan bertentangan dengan etika pertandingan.



13.       HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN




Segala hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh AJK Pengelola Pertandingan yang keputusannya adalah MUKTAMAD kecuali diputuskan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Kota Setar

Setiausaha Pengelola,
Pertandingan Bola Sepak MSSM Daerah Kota Setar 2011,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan
06250 Alor Setar.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan