SUKAN MENJANA ATLET SEIMBANG

MELAHIRKAN ATLET AMAT SUKAR TETAPI MENCIPTA ATLET AMAT MUDAH

Ahad, 9 Januari 2011

KECERGASAN FIZIKAL

tahap kecergasan fizikal yang baik dapat dicapai melalui kepelbagaian latihan. jenis latihan yang dilakukan bergantung kepada komponen kecergasan fizikal yang hendak dibina. contohnya, senamrobik dilakukan untuk membina daya tahan kardiovaskular.

kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor.

kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan terdiri daripada:
- daya tahan kardiovaskular
- daya tahan otot
- kekuatan otot
- fleksibiliti (kelenturan)
- komposisi tubuh badan

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor terdiri daripada:
- kelajuan
- ketangkasan
- kuasa otot
- imbangan
- koordinasi
- masa tindak balas

seseorang boleh meningkatkan tahap kecergasan berlandaskan kesihatan tanpa menguasai kecergasan berlandaskan kemahiran motor. dengan kata lain, seseorang boleh menjadi cergas tanpa menjadi seorang atlet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan