SUKAN MENJANA ATLET SEIMBANG

MELAHIRKAN ATLET AMAT SUKAR TETAPI MENCIPTA ATLET AMAT MUDAH

Rabu, 29 Disember 2010

Sukan Sekolah diperkasa 2011

Kementerian Pelajaran telah memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun 2011.Berikut merupakan langkah tersebut:
1. Menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah

2. Memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum

3. Pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini

4. Dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan

5. Penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat

6. Peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini

7. Menambah jadual kokurikulum dan ia akan susun balik.Dicadangkan sukan diajar dalam jadual waktu persekolahan supaya pelajar tidak perlu pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan