Jika di negeri lain terpampang jelas ada segelintir penyokong mempamerkan isyarat lucah di kaca TV ketika siaran langsung, di Kelantan pula berlaku sebaliknya, sebelum perlawanan seluruh hadirin berdiri mengalunkan bacaan selawat selama 10 minit. Namun tiada media yang ingin melaporkan kesempurnaan perancangan KAFA yang diterajui Tan Sri Annuar Musa dalam mendidik masyarakat Kelantan menghormati program keagamaan dalam bolasepak. Malah Tan Sri Annuar Musa pernah menulis di Facebook nya, menggalakkan semua penyokong yang hadir menunaikan kewajiban kepada tuntutan asas Islam iaitu menunaikan solat sepertimana yang dimulakan beliau kepada pemain-pemainnya.
Kemenangan berturut-turut menjadikan perlawanan Kelantan kini bertambah hangat dengan sambutan penyokong dari segenap ruang-ruang media internet mahupun di stadium Astro Arena yang bakal menyaksikan dua siaran langsung perlawanan menentang musuh tradisi Kelantan iaitu Kedah dan T-Team akan disiarkan secara langsung di saluran 801 Arena.
Penyokong juga diharap tidak terlalu yakin dengan kemenangan ini kerana impian kemenangan berterusan oleh penyokong akan menjadi tekanan kepada para pemain, cukuplah kita merendah diri dengan kelebihan yang diberikan ini supaya jika kekalahan ditakdirkan berlaku, kita dan pasukan tidak disindir balik oleh para penyokong pasukan lain yang pernah disindir oleh penyokong kita.
Usaha murni ini patut diteruskan bagi menjadikan imej negeri Kelantan sebagai Serambi Mekah sejak zaman berzaman dikekalkan tanpa mengira warna kulit mahupun idealogi politik melalui sukan bolasepak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan