SUKAN MENJANA ATLET SEIMBANG

MELAHIRKAN ATLET AMAT SUKAR TETAPI MENCIPTA ATLET AMAT MUDAH

Rabu, 9 Februari 2011

ALHAMDULILAH...TAHNIAH PASUKAN MERENTAS DESA SEKOLAH 2011

7.30 PAGI - ATLET MERENTAS DESA MENDENGAR TAKLIMAT TERAKHIR
DARI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.

 7.45 PAGI-SESI MEMANASKAN BADAN ATLET LELAKI SMK BUKIT PAYONG


7.50 PAGI - SESI PEMANASAN BADAN ATLET LELAKI DAN PEREMPUAN


TAHNIAH , MUHAMMAD AMIRUL BIN YUSOFF TEMPAT KE-8
TAHNIAH, MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF BIN AWANG TEMPAT KE-8





 

Selasa, 8 Februari 2011

PERTANDINGAN BOLING TENPIN MSSD KOTA SETAR 2011


SK Iskandar telah dilantik sebagai Pengerusi Pengelola Pertandingan Boling Tenpin  MSSK Daerah Kota Setar bagi tahun 2011.Pertandingan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut;

             Tarikh       : 02 – 03 Mac 2011
            Tempat      : Kedah Bowl, City Plaza.

Borang penyertaan untuk dilengkapkan dan kembalikan kepada Guru Besar SK Iskandar sebelum atau pada 16 Februari 2011. Setiap pasukan dibenarkan menghantar tidak lebih daripada 10 orang peserta bagi setiap kategori. 

Yuran Pendaftaran sebanyak RM 20.00 (RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH SAHAJA) dikenakan bagi setiap peserta dan hendaklah dijelaskan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan di SK Iskandar  pada 16 Februari 2011 (Rabu). 

PEMILIHAN ATLET PADANG DAN BALAPAN MSSD KOTA SETAR 2011


Atlet Harapan Sekolah Tahun 2011 untuk memenangi pingat dalam acara 100 meter, lompat jauh dan 110 meter lompat pagar,BEKAS OLAHRAGAWAN SEKOLAH TAHUN 2009. Hari ini dalam sesi pemilihan,Muhammad Muzammil Bin Mahadi mencatatkan 11.46 saat.

PERMATA BARU SMK BUKIT PAYONG,NUR SHIFA BT MOHD NAZIR BARU BERUSIA 13 TAHUN TINGKATAN 1B MENCATATKAN 13.56 SAAT UNTUK 100 METER PEREMPUAN 15 TAHUN.ATLET DALAM PEMBIKINAN SMK BUKIT PAYONG.

Isnin, 7 Februari 2011

LATIHAN SUKAN SEKOLAH MINGGU KETUJUH 2011

BIL
AKTIVITI
TARIKH
MASA
1.
LATIHAN PASUKAN MERENTAS DESA SEKOLAH KALI KELIMA
7.2.2011
(ISNIN)
4.00 PETANG
2.
LATIHAN PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TKB SEKOLAH
7.2.2011
(ISNIN)
4.30 PETANG
3.
PEMILIHAN PESERTA PADANG DAN BALAPAN MSSD KOTA SETAR 2011
8.2.2011
(SELASA)
4.00 PETANG
4.
KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KOTA SETAR KALI KE-9
9.2.2011
(RABU)
7.15 PAGI
SMK JABI
5.
LATIHAN PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TKB SEKOLAH
10.2.2011
(KHAMIS)
4.30 PETANG

Khamis, 3 Februari 2011

SUMBER PROTEIN MASA HADAPAN


SEEKOR ulat kelihatan menonjol dalam sekeping coklat yang sudah dimakan separuh oleh seorang pelajar Belanda, Walinda Van Tol. Dia kemudiannya mencungkil ulat tersebut dan terus mengunyahnya.

"Sedap...rasanya seperti kacang!" kata gadis berusia 20 tahun itu bagi meyakinkan rakannya untuk menikmati makanan menyeramkan yang disediakan dalam sebuah seminar. Pada seminar itu diramalkan bahawa larva dan belalang akan dimasukkan dalam menu makanan barat ekoran kenaikan harga stik dan chop.

Van Tol dan kira-kira 200 tetamu lain merupakan bahan kajian oleh sekumpulan saintis Belanda yang membuat kajian inovatif ke atas serangga bagi menggantikan haiwan sebagai sumber protein yang lebih sihat dan mesra persekitaran.

"Akan tiba harinya Big Mac berharga AS$163 (RM497.80) dan Bug Mac hanya RM50 apabila lebih ramai orang memakan serangga berbanding daging," kata ketua pengkaji, Arnold Van Huis kepada hadirin yang hadir di Universiti Wageningen di Belanda.

"Cara terbaik untuk memulakannya ialah dengan mencubanya," tambah beliau.
Semasa waktu rehat, ramai menyerbu meja snek kerana terdapat kuih gulungan berinti belalang yang diasinkan, coklat berinti ulat kerbau dan pastri seperti Quiche Lorraine tetapi berinti ulat makanan dan bukannya bakon atau ham, kata Chef Henk Van Gurp.

Snek berkenaan habis dengan cepat dan ia menggembirakan chef dan pihak penganjur. Tetapi, Ketua Entomologi Univerisiti Wageningen, Marcel Dicke tahu tidak mudah menukar pemikiran orang Barat untuk makan cacing di dalam coklat.

"Masalahnya ada di sini," katanya sambil menunjukkan kepalanya semasa berada di pameran yang mengumpulkan lebih 1,200 spesies serangga yang boleh dimakan termasuk cacing, agas, penyengat, anai-anai dan kumbang.

Tiga spesies, cacing makanan, cacing kerbau dan belalang dikumpulkan oleh tiga petani di Belanda untuk sebuah kumpulan makanan pelik yang kecil tetapi membangun.

"Orang menganggap ia adalah sesuatu yang kotor. Ia mewujudkan respons Fear Factor," katanya merujuk siri realiti yang menguji ketahanan peserta dengan memberi mereka makan serangga hidup.

Dicke berkata, orang Barat tidak mempunyai pilihan dan harus mengubah pandangan mereka ke atas serangga, apabila Organisasi Pertanian dan Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meramalkan terdapat sembilan bilion manusia di bumi pada tahun 2050. Tanah pertanian ketika itu juga sudah menyusut.

"Kita harus kurangkan pengambilan daging atau mencari alternatif lain," kata Dicke yang mendakwa dia mengambil makanan berasaskan serangga bersama keluarga dengan kerap.

Alasan makan serangga

Serangga tinggi dengan protein, kurang lemak dan mudah dihadam.
Bilangan serangga adalah melimpah ruah, menghasilkan kurang gas rumah hijau dan baja serta tidak menyebarkan penyakit yang apabila dimakan boleh menyebabkan mutasi sehingga menjadi bentuk manusia yang berbahaya, kata penyelidik.

"Persoalannya, mengapakah kita tidak makan serangga?" kata Dicke, merujuk kepada kajian bahawa manusia biasa termakan 500 gram partikel serangga setiap tahun tanpa sedar yang terdapat di dalam jem strawberi, roti dan beberapa makanan yang diproses lain.

Menurut Van Huis, kira-kira 500 jenis serangga dimakan di Mexico, 250 di Afrika dan 180 di China serta beberapa bahagian di Asia, kebanyakannya adalah makanan lazat.
Antara individu yang sangat sukakannya ialah Marian Peter dan setiausaha persatuan pembiak serangga Belanda, Venik, yang sukakan snek belalang.

Dalam satu lawatan ke ladang serangga di Deurne di tenggara Belanda, mereka dengan rakus mengopek sayap dan kaki belalang kering beku dan mengunyahnya dengan penuh semangat.

"Ia sedap apabila digoreng dengan minyak, bawang putih dan lada serta dihidangkan bersama taco," kata Peter.

Pemilik ladang tersebut, Roland Van de Ven menghasilkan 1,200 kilogram cacing setiap minggu di mana satu hingga dua peratus daripadanya menjadi makanan manusia manakala selebihnya menjadi makanan haiwan.

"Apabila anda melihat serangga, ia menjadi satu penghalang. Saya rasa orang tidak akan menolak sekiranya serangga diproses dan tidak kelihatan di dalam makanan," katanya.

"Ia lebih sukar untuk makan babi yang anda lihat hidup-hidup berbanding stik babi yang dibeli di pasar raya. Inilah persamaannya," tambahnya.

Petani itu memberitahu, kehendak manusia ke atas serangga berkembang perlahan, daripada 300 kilogram pada tahun 2008 kepada 900 kilogram tahun lalu.

Bagi mereka yang tidak sanggup, ada harapan kepada alternatif makanan yang kurang menggelikan. Universiti Wageningen sedang meneraju sebuah kajian bagi mengekstrak protein serangga untuk digunakan dalam produk makanan.

Selasa, 1 Februari 2011

TAKLIMAT KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KOTA SETAR 2011

TEMPAT : SMK JABI

MASA : 11.00 PAGI

Taklimat Laluan Oleh En.Ramli ( S/U Kejohanan)

BAWAH 12 L/P = 4.5 KM

BAWAH 15 L/P DAN 18 P = 5.5KM

BAWAH 18L = 8.4KM

LATIHAN MENCUBA TREK LALUAN : 7.2.2011
( ISNIN) 4.00 PETANG

PENDAFTARAN : 7.30 PAGI 9/2/2011 (RABU)

KEJOHANAN : 8.30 PAGI MULA DILEPASKAN

Ahad, 30 Januari 2011

RAHSIA KEJAYAAN MALAM 25 SAFAR 1432

RAHSIA KEJAYAAN KELATE MALAM 25 SAFAR 1432

Untuk jadikan sukan khususnya bola sebagai alat untuk pembangunan insan yang positif..Melalui bola kita beriadah,kita bersatu,berpadu,bina disiplin,
bina ciri HUBBUL WATAN MINAL IMAN...
JANGAN kerana bola nilai ISLAM dan
 agama kita letak bawah,
TIDAK peduli sembahyang,dosa pahala,adat sopan,
undang-undang dan peraturan..
 
TAPI JIKA KERANA BOLA RAMAI YANG LALAI DAN LARA,
LEBIH BAIK KITA SAMA-SAMA FIKIRKAN....BALA YANG BAKAL MENIMPA...

JADUAL PERLAWANAN KUMPULAN ‘G' BOLA SEPAK 18 TKB 2011

BIL
TARIKH
MASA
HARI
TUAN RUMAH

PELAWAT
TEMPAT
06
09.02.11
05.45
RABU
SMK DWM Saman
G4 vs G3
SMK Sbrg Perak
SMK Hutan Kampong
28
15.02.11
05.45
SELASA
SMK Sbrg Perak
G3 vs G2
SMK Tunku A Rahman
SMK Tunku A .Rahman
32
15.02.11
05.45
SELASA
SMK Bukit Payong
G1 vs G4
SMK.D W M Saman
SMK. Kubang Rotan
44
17.02.11
05.45
KHAMIS
SMK Tunku A.Rahman
G2 vs G4
SMK D. W. M. Saman
SMK Tunku A.Rahman
68
22.02.11
05.45
SELASA
SMK Bkt Payong
G1 vs G2
SMK Tunku A.Rahman
SMK Tunku A.Rahman
81
24.02.11
05.45
KHAMIS
SMK Bukit Payong
G1 vs G3
SMK Sbrg Perak
SM Vokasional

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD KOTA SETAR 2011

TARIKH PERTANDINGAN : 4- 6 APRIL (ISNIN-RABU)

TEMPAT : STADIUM SULTAN ABDUL HALIM,SUKA MENANTI,ALOR SETAR KEDAH

MASA : 8.00 PAGI - 7.00 PETANG

MESYUARAT PENGURUS : 14 FEB 2011 (ISNIN)

MASA : 10.00 PAGI

TEMPAT : SMK ST.MICHAEL

LATIHAN PASUKAN SEKOLAH MINGGU KEEMPAT SESI PERSEKOLAHAN

LATIHAN PASUKAN SEPAK TAKRAW

TARIKH : 30.1.2011 (AHAD)

MASA : 3.30 PETANG

GELANGGANG SEPAK TAKRAW SEKOLAH

LATIHAN PASUKAN MERENTAS DESA SEKOLAH

TARIKH: 31 .1.2011 (ISNIN)

MASA : 4.00 PETANG

PADANG SEKOLAH

LATIHAN PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN

TARIKH : 31.1.2011 (ISNIN)

MASA : 4.30 PETANG

PADANG SEKOLAH

Sabtu, 29 Januari 2011

KEDUDUKAN LIGA SUPER 2011 PERLAWANAN PERTAMA

DEBARAN SEPAK MULA LIGA SUPER 2011MALAM INI






29-01-2011 04:45

Terengganu
Sabah

Johor FC
Felda United
29-01-2011 08:45

Selangor
Kelantan

Negeri Sembilan
Harimau Muda A

Pahang
Perlis

Kuala Lumpur
Perak

Kedah
T.Team

Jumaat, 28 Januari 2011

CADANGAN JERSI PASUKAN BOLA SEPAK 18 TKB 2011

JERSI PASUKAN BOLA SEPAK 18 TKB 2011

JERSI HOME
SELUAR HOME
SELUAR AWAY
KASUT BOLA RASMI PASUKAN


Khamis, 27 Januari 2011

NILAI DALAM PJK

Nilai Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK)

-nilai-nilai dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dibentuk atas prinsip bahawa manusia telah dijadikan sebaik-baik makhluk;

-menghargai, memelihara dan meningkatkan keadaan kesihatan diri dan masyarakat supaya dapat meningkatkan produktivi dan kesejahteraan hidup;
-menghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dan kesihatan;

-menghargai pentingnya mengikut prinsip-prinsip latihan;

-Menyedari pentingnya rehat dan rekreasi serta mengamalkannya;

-mengamalkan lakuan gerak badan yang baik dan sempurna dalam kegiatan harian;

-Mementingkan langkah-langkah keselamatan dalam sebarang kegiatan harian;
-berkeyakinan dalam menyusun program latihan kecergasan dan melakukannya bagi keperluan diri sendiri;

-memelihara serta menghargai keadaan tubuh badan yang sihat dan cergas;

-bertimbang rasa terhadap orang lain yang menghadapi masalah kesihatan dan bersedia membantu sejauh mana yang boleh; dan,

-bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin, bertoleransi serta bersemangat persahabatan, kepimpinan dan kesukanan dalam segala kegiatan sukan dan kegiatan harian.