SUKAN MENJANA ATLET SEIMBANG
MELAHIRKAN ATLET AMAT SUKAR TETAPI MENCIPTA ATLET AMAT MUDAH
Ahad, 30 Januari 2011
JADUAL PERLAWANAN KUMPULAN ‘G' BOLA SEPAK 18 TKB 2011
BIL | TARIKH | MASA | HARI | TUAN RUMAH | PELAWAT | TEMPAT | |
06 | 09.02.11 | 05.45 | RABU | SMK DWM Saman | G4 vs G3 | SMK Sbrg Perak | SMK Hutan Kampong |
28 | 15.02.11 | 05.45 | SELASA | SMK Sbrg Perak | G3 vs G2 | SMK Tunku A Rahman | SMK Tunku A .Rahman |
32 | 15.02.11 | 05.45 | SELASA | SMK Bukit Payong | G1 vs G4 | SMK.D W M Saman | SMK. Kubang Rotan |
44 | 17.02.11 | 05.45 | KHAMIS | SMK Tunku A.Rahman | G2 vs G4 | SMK D. W. M. Saman | SMK Tunku A.Rahman |
68 | 22.02.11 | 05.45 | SELASA | SMK Bkt Payong | G1 vs G2 | SMK Tunku A.Rahman | SMK Tunku A.Rahman |
81 | 24.02.11 | 05.45 | KHAMIS | SMK Bukit Payong | G1 vs G3 | SMK Sbrg Perak | SM Vokasional |
KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD KOTA SETAR 2011
TARIKH PERTANDINGAN : 4- 6 APRIL (ISNIN-RABU)
TEMPAT : STADIUM SULTAN ABDUL HALIM,SUKA MENANTI,ALOR SETAR KEDAH
MASA : 8.00 PAGI - 7.00 PETANG
MESYUARAT PENGURUS : 14 FEB 2011 (ISNIN)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : SMK ST.MICHAEL
LATIHAN PASUKAN SEKOLAH MINGGU KEEMPAT SESI PERSEKOLAHAN
LATIHAN PASUKAN SEPAK TAKRAW
TARIKH : 30.1.2011 (AHAD)
MASA : 3.30 PETANG
GELANGGANG SEPAK TAKRAW SEKOLAH
LATIHAN PASUKAN MERENTAS DESA SEKOLAH
TARIKH: 31 .1.2011 (ISNIN)
MASA : 4.00 PETANG
PADANG SEKOLAH
LATIHAN PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN
TARIKH : 31.1.2011 (ISNIN)
MASA : 4.30 PETANG
PADANG SEKOLAH
Sabtu, 29 Januari 2011
DEBARAN SEPAK MULA LIGA SUPER 2011MALAM INI
29-01-2011 04:45 | ||
Terengganu | Sabah | |
Johor FC | Felda United | |
29-01-2011 08:45 | ||
Selangor | Kelantan | |
Negeri Sembilan | Harimau Muda A | |
Pahang | Perlis | |
Kuala Lumpur | Perak | |
Kedah | T.Team |
Jumaat, 28 Januari 2011
Khamis, 27 Januari 2011
NILAI DALAM PJK
Nilai Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK)
-nilai-nilai dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dibentuk atas prinsip bahawa manusia telah dijadikan sebaik-baik makhluk;
-menghargai, memelihara dan meningkatkan keadaan kesihatan diri dan masyarakat supaya dapat meningkatkan produktivi dan kesejahteraan hidup;
-menghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dan kesihatan;
-menghargai pentingnya mengikut prinsip-prinsip latihan;
-Menyedari pentingnya rehat dan rekreasi serta mengamalkannya;
-mengamalkan lakuan gerak badan yang baik dan sempurna dalam kegiatan harian;
-Mementingkan langkah-langkah keselamatan dalam sebarang kegiatan harian;
-berkeyakinan dalam menyusun program latihan kecergasan dan melakukannya bagi keperluan diri sendiri;
-memelihara serta menghargai keadaan tubuh badan yang sihat dan cergas;
-bertimbang rasa terhadap orang lain yang menghadapi masalah kesihatan dan bersedia membantu sejauh mana yang boleh; dan,
-bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin, bertoleransi serta bersemangat persahabatan, kepimpinan dan kesukanan dalam segala kegiatan sukan dan kegiatan harian.
Rabu, 26 Januari 2011
LATIHAN PASUKAN SEKOLAH MINGGU KETIGA SESI PERSEKOLAHAN
LATIHAN PASUKAN SOFBOL SEKOLAH
JAM : 3.30 PETANG
TEMPAT:PADANG SEKOLAH
LATIHAN PASUKAN MERENTAS DESA KALI KETIGA
JAM : 4.00 PETANG
TEMPAT : PADANG SEKOLAH
LATIHAN PASUKAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH KALI PERTAMA
JAM : 4.30 PETANG
TEMPAT: GELANGGANG SEPAK TAKRAW SEKOLAH
LATIHAN PASUKAN BOLA SEPAK 18 TKB
JAM: 5.00 PETANG
TEMPAT: PADANG BOLA SEPAK SEKOLAH
Selasa, 25 Januari 2011
PESERTA MERENTAS DESA SMK BUKIT PAYONG 2011
KATEGORI LELAKI 15 TAHUN (6KM)
1.MOHD NOOR FAIZ BIN ABD.AZIZ (AP 5707) 970511-26-5201
2.MUHAMMAD AMIRUL BIN YUSOFF (AP 5708) 961108-02-5959
KATEGORI LELAKI 18 TAHUN (8KM)
1.MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF BIN AWANG (AP 5702) 940608-02-5741
2.MOHAMAD FAIZAL BIN MOHD SANI (AP 5704) 941217-03-5613
3.AMIR BIN ABU BAKAR (AP 5706) 950916-02-5953
KATEGORI PEREMPUAN 15 TAHUN (6KM)
1.ANIS FAZLIN BINTI MOHD RAHAIMI (AP 5710) 970608-02-5618
2.FATIN NURAIN BINTI SUHAIMI (AP 5712) 980526-02-5138
3.KHOTIAH BINTI HAMZAH (AP 5713) 970723-02-5808
4.MUNA BINTI HAMBALI (AP 5714) 970812-02-5156
KATEGORI PEREMPUAN 18 TAHUN (6KM)
1.NUR AWATIF BINTI ARSHAD (AP 5709) 950323-02-5966
Isnin, 24 Januari 2011
PEMILIHAN PASUKAN MERENTAS DESA SEKOLAH 2011
PEMILIHAN TERAKHIR
PEMILIHAN FASA 2 ATLET MERENTAS DESA 2011
MASA: 4.00 PETANG
MASA: 4.00 PETANG
TARIKH: 24.1.2011(ISNIN)
TEMPAT: PADANG SEKOLAH
8 ATLET SAHAJA YANG AKAN DIPILIH (4 LELAKI 4 PEREMPUAN)
8 ATLET YANG BERJAYA DIMINTA MENGHANTAR SALINAN I.C HARI SELASA.
TEMPAT: PADANG SEKOLAH
8 ATLET SAHAJA YANG AKAN DIPILIH (4 LELAKI 4 PEREMPUAN)
8 ATLET YANG BERJAYA DIMINTA MENGHANTAR SALINAN I.C HARI SELASA.
Ahad, 23 Januari 2011
LATIHAN KEDUA PASUKAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH 2011
LATIHAN KEDUA
PASUKAN SEPAK TAKRAW 2011
TARIKH: 23.1.2011(AHAD)
MASA:3.30 PETANG
TARIKH: 23.1.2011(AHAD)
MASA:3.30 PETANG
TEMPAT:GELANGGANG
SEPAK TAKRAW SEKOLAH
Sabtu, 22 Januari 2011
PAKAR SEPAK TAKRAW THAILAND HAMPIR PASTI KE MALAYSIA
Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kian pasti sepakat untuk mengambil perunding sepak takraw dari Thailand bagi memantapkan skuad elit, pelapis dan wanita negara bagi menghadapi Sukan SEA Indonesia 2011 dan Sukan Asia Incheon 2014.
Taweet Wongkaen dan Prawet Intar merupakan dua calon penyandangnya yang dikenal pasti, malah sudah berada di Gimnasium 2 MSN untuk memantau Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail Kedua sejak 16.1.2011.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSN-PSM di Bukit Jalil pada 31 Januari ini bakal memuktamadkan pengambilan bekas pelibas dan tekong Thailand dalam Sukan Asia 1994 dan 2002 itu sebelum dijangka mendapat sokongan Majlis Tertinggi PSM, bulan depan.
''Pada dasarnya PSM dan MSN bersetuju untuk mengambil perunding Thailand itu dan mereka akan memantau program persediaan semua pasukan kebangsaan kita (elit, pelapis dan wanita). "Malah, kami akan cuba letakkan mereka dalam sebuah panel kejurulatihan yang bakal dibentuk dengan keahliannya turut dibuka kepada orang luar PSM," kata Ahmad yang turut mahukan ketiga-tiga skuad itu dihimpunkan hanya setempat di Bukit Jalil selepas ini.
Dalam satu temubual dengan Prawet mendapatinya kurang fasih bertutur bahasa Inggeris tetapi secara ringkasnya dia memberitahu, berpengalaman melatih dan menjadi pemain kelab tentera laut Thailand ketika ini."Saya juga pernah mewakili Thailand dan memenangi pingat emas Sukan Asia Busan 2002, Sukan SEA Brunei 1999 dan Kuala Lumpur 2001. Taweet pula berusia 43 tahun dan menang perak Sukan Asia Hiroshima 1994," kata Prawet, 34.
Menurut Ahmad, sebelum ini skuad pelapis dan wanita ditempatkan di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Kuala Lumpur manakala hanya skuad elit berpusat di MSN, Bukit Jalil sekali gus menyulitkan bantuan kepakaran Institut Sukan Negara (ISN) diberikan.Turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang Piala Presiden PSM semalam ialah Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong.
''Ketiadaan ramai pemain skuad elit lama dalam kejohanan ini bakal membuka peluang lebih ramai muka baru dipilih selepas ini,'' kata Zolkples.
Agak mengejutkan ialah kejohanan ini tidak menyaksikan sebahagian besar tonggak skuad Sukan Asia Guangzhou lalu antaranya Mohd. Futra Abd. Ghani, Ariff Ramli, Norshahruddin Mad Ghani, Farhan Adam, Ahmad Sufi Mohammed Hashim dan Noor Azman Abdul Hamid.
Sementara itu, Ahmad menjelaskan, PSM turut merangka pertandingan lain kelolaannya seperti Siri Super PSM (lima sirkit), Piala Emas Khir Johari di Sarawak (Mac) dan Kejohanan Dunia Pertama Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Kuala Terengganu (Jun).
Taweet Wongkaen dan Prawet Intar merupakan dua calon penyandangnya yang dikenal pasti, malah sudah berada di Gimnasium 2 MSN untuk memantau Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail Kedua sejak 16.1.2011.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSN-PSM di Bukit Jalil pada 31 Januari ini bakal memuktamadkan pengambilan bekas pelibas dan tekong Thailand dalam Sukan Asia 1994 dan 2002 itu sebelum dijangka mendapat sokongan Majlis Tertinggi PSM, bulan depan.
''Pada dasarnya PSM dan MSN bersetuju untuk mengambil perunding Thailand itu dan mereka akan memantau program persediaan semua pasukan kebangsaan kita (elit, pelapis dan wanita). "Malah, kami akan cuba letakkan mereka dalam sebuah panel kejurulatihan yang bakal dibentuk dengan keahliannya turut dibuka kepada orang luar PSM," kata Ahmad yang turut mahukan ketiga-tiga skuad itu dihimpunkan hanya setempat di Bukit Jalil selepas ini.
Dalam satu temubual dengan Prawet mendapatinya kurang fasih bertutur bahasa Inggeris tetapi secara ringkasnya dia memberitahu, berpengalaman melatih dan menjadi pemain kelab tentera laut Thailand ketika ini."Saya juga pernah mewakili Thailand dan memenangi pingat emas Sukan Asia Busan 2002, Sukan SEA Brunei 1999 dan Kuala Lumpur 2001. Taweet pula berusia 43 tahun dan menang perak Sukan Asia Hiroshima 1994," kata Prawet, 34.
Menurut Ahmad, sebelum ini skuad pelapis dan wanita ditempatkan di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Kuala Lumpur manakala hanya skuad elit berpusat di MSN, Bukit Jalil sekali gus menyulitkan bantuan kepakaran Institut Sukan Negara (ISN) diberikan.Turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang Piala Presiden PSM semalam ialah Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong.
''Ketiadaan ramai pemain skuad elit lama dalam kejohanan ini bakal membuka peluang lebih ramai muka baru dipilih selepas ini,'' kata Zolkples.
Agak mengejutkan ialah kejohanan ini tidak menyaksikan sebahagian besar tonggak skuad Sukan Asia Guangzhou lalu antaranya Mohd. Futra Abd. Ghani, Ariff Ramli, Norshahruddin Mad Ghani, Farhan Adam, Ahmad Sufi Mohammed Hashim dan Noor Azman Abdul Hamid.
Sementara itu, Ahmad menjelaskan, PSM turut merangka pertandingan lain kelolaannya seperti Siri Super PSM (lima sirkit), Piala Emas Khir Johari di Sarawak (Mac) dan Kejohanan Dunia Pertama Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Kuala Terengganu (Jun).
TRANFOMASI UNDANG-UNDANG TERBAHARU SEPAK TAKRAW 2011
Sepak takraw kembali kepada kiraan 15 mata
Kiraan 21 mata dikembalikan kepada 15 mata, servis tiga kali berturut-turut walaupun tanpa mata dan tiga set mampu diheret menjadi lima set ialah antara ciri-ciri wajah baru permainan sepak takraw di seluruh dunia dalam tempoh 60 hari akan datang.
Malah garisan tengah di bawah jaring juga bakal bebas dipijak pemain ketika permainan sekali gus tidak lagi membatalkan mereka, menurut pindaan undang-undang permainan terbaru yang diluluskan Kongres Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Bangkok, Isnin lalu.
Timbalan Presiden I Istaf yang menghadiri mesyuarat Kongres itu, Datuk Ahmad Ismail berkata, sesebuah regu masih boleh diisytiharkan sebagai pemenang, sekiranya terlebih dulu memenangi tiga daripada lima set perlawanan yang ditetapkan."Sepak takraw akan kembali menggunakan kiraan 15 mata tetapi mata masih boleh dikutip mana-mana regu walaupun tanpa servis. Jika terikat 14-14 dalam sesebuah set, pemenangnya akan ditentukan dengan perbezaan dua mata selepas itu dan mata maksimum ialah 17.
"Bagi servis pula, tekong regu yang memulakan permainan akan melakukannya sebanyak tiga kali berturut-turut walaupun mereka tidak mendapat sebarang mata dan akan bergilir-gilir dengan regu lawan selepas itu," katanya yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).
Katanya , mana-mana pemain hanya dikira batal sekiranya terpijak garisan gelanggang bawah jaring ketika bola dilambung oleh apit kanan atau kiri kepada tekong yang mahu membuat servis.
Peraturan baru Istaf ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh 60 hari mulai Isnin lalu, dengan Kejohanan Dunia Pertama Istaf di Kuala Lumpur dari 20 hingga 24 Julai ini dijangka menjadi pertandingan antarabangsa pertama yang menyaksikan perubahan besar itu.
Selain itu, pindaan undang-undang sepak takraw turut melibatkan penggunaan dua pemain gantian bagi acara antara regu berbanding hanya seorang sekarang malah mereka yang sudah dikeluarkan, masih boleh masuk kembali bermain."Bagaimanapun dalam acara berpasukan, hanya seorang pemain bagi setiap regu yang boleh digantikan dan untuk tidak membebankan mana-mana negara, hanya 12 pemain yang boleh didaftarkan, bukan lagi 15 seperti sekarang," katanya.
Mengenai Kejohanan Dunia Istaf, Ahmad berkata, beliau berhasrat melangsungkannya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan majlis pelancaran awal dirancang diadakan di sebuah hotel juga di ibu kota pada 11 Februari ini.
Jumaat, 21 Januari 2011
JERSI PASUKAN BOLA SEPAK LIGA SUPER 2011
KOLEKSI JERSI BARU PASUKAN LIGA SUPER 2011
JERSI PASUKAN KEDAH 2011
JERSI PASUKAN KEDAH 2011
HARGA RM59.90 SEHELAI
JERSI PASUKAN KELANTAN
HARGA SEHELAI RM79.90
JERSI PASUKAN SELANGOR
HARGA SEHELAI 59.90
HARI JAYA WARIS KALI PERTAMA 2011
Hari Jaya Waris Pelajar
Tingkatan 2,3 dan 5
MASA : 12.00 TENGAHARI
TEMPAT: TINGKATAN MASING-MASING
Rabu, 19 Januari 2011
PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK 18TKB SEKOLAH
PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK 18TKB 2011
TARIKH : 19.1.2011 (RABU)
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK SEKOLAH
SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 DIJEMPUT HADIR
TARIKH : 19.1.2011 (RABU)
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK SEKOLAH
SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 DIJEMPUT HADIR
LATIHAN PERTAMA PASUKAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH 2011
LATIHAN PERTAMA PASUKAN SEPAK TAKRAW 2011
TARIKH: 19.1.2011(RABU)
MASA:3.30 PETANG
TARIKH: 19.1.2011(RABU)
MASA:3.30 PETANG
TEMPAT:GELANGGANG SEPAK TAKRAW SEKOLAH
Selasa, 18 Januari 2011
PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK TINGKATAN 1 DAN 2 2011
PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK TINGKATAN 1 DAN 2 (2011)
TARIKH : 18.1.2011 (SELASA)
MASA : 5.00 PETANG
TARIKH : 18.1.2011 (SELASA)
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK SEKOLAH
HANYA PELAJAR LELAKI TINGKATAN 1 DAN 2 SAHAJA UNTUK DISERAPKAN KE PASUKAN ELIT BAWAH 15TKB SEKOLAH.
PEMILIHAN PASUKAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH 2011
PEMILIHAN PEMAIN SEPAK TAKRAW
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH 2011.
MASA : 4.00 PETANG
TARIKH: 18.1.2011 (SELASA)
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH 2011.
MASA : 4.00 PETANG
TARIKH: 18.1.2011 (SELASA)
Tempat: Gelanggang Sepak Takraw Sekolah
Hanya 8 orang pemain dari regu 15 tkb (Tingkatan 1-3) dan 8 orang pemain dari regu 18 tkb (tingkatan 4-5) akan dipilih oleh jurulatih yang di bawa khas dari Persatuan Sepak takraw Kedah untuk menjalankan sesi pemilihan untuk pasukan sekolah. Pemain yang terpilih akan menjalani latihan intensif bermula 19.1.2011 Rabu. Diminta semua pelajar SMK Bukit Payong yang berminat hadir tepat pada masanya.Sila berkumpul di tingkatan 1E untuk sesi taklimat program. Pakaian sukan lengkap pemain sepak takraw.
Hanya 8 orang pemain dari regu 15 tkb (Tingkatan 1-3) dan 8 orang pemain dari regu 18 tkb (tingkatan 4-5) akan dipilih oleh jurulatih yang di bawa khas dari Persatuan Sepak takraw Kedah untuk menjalankan sesi pemilihan untuk pasukan sekolah. Pemain yang terpilih akan menjalani latihan intensif bermula 19.1.2011 Rabu. Diminta semua pelajar SMK Bukit Payong yang berminat hadir tepat pada masanya.Sila berkumpul di tingkatan 1E untuk sesi taklimat program. Pakaian sukan lengkap pemain sepak takraw.
Isnin, 17 Januari 2011
KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS DAERAH KOTA SETAR 2011
PERATURAN PERTANDINGAN
BOLA SEPAK MSSD KOTA SETAR 2011
1. PENGELOLAAN |
Pertandingan ini dikelolakan bersama oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan (Pengerusi) dan Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah (Naib Pengerusi) di bawah anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Kota Setar.
2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN |
2.1 Selain daripada undang-undang yang terkandung, pertandingan ini dijalankan
mengikut Undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
2.2 Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
2.3 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA).
2.4 Bagi pertandingan Bawah 12 tahun, undang-undang berkaitan keluasan padang
adalah seperti yang dilampirkan.
2.5 Undang-undang berkaitan dengan bola pertandingan bagi kategori Bawah 12
tahun, akan menggunakan bola sepak saiz 4.
3. PENYERTAAN |
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah yang bergabung dengan Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Daerah Kota Setar.
3.2 Setiap sekolah berhak menghantar satu pasukan sahaja bagi satu-satu peringkat
umur.
3.3 Pengurus Pertandingan (Sekolah Pengelola) akan menguruskan semua
permohonan penyertaan dan menentukan tarikh tutup permohonan tertakluk
kepada keputusan sebulat suara yang dibuat semasa mesyuarat Pengurus-
pengurus Pasukan.
4. KELAYAKAN PEMAIN |
4.1 Seorang pemain yang berdaftar dengan sekolah adalah layak mengambil bahagian
dalam pertandingan yang sama.
4.2 Seorang pemain yang telah berdaftar dengan satu pasukan tidak layak lagi didaftar dengan pasukan lain dalam siri pertandingan yang sama (meskipun dari daerah yang berlainan).
4.3 Kelayakan umur pemain adalah seperti berikut :
4.3.1 Pemain yang lahir pada atau selepas 01 JANUARI 1999, layak bermain
dalam Kategori Bawah 12 Tahun.
4.3.2 Pemain yang lahir pada atau selepas 01 JANUARI 1996, layak bermain
dalam Kategori Bawah 15 Tahun.
4.3.3 Pemain yang lahir pada atau selepas 01 JANUARI 1993, layak bermain
dalam Kategori Bawah 18 Tahun. (Tertakluk kepada perkara 4.1)
4.3.4 Nombor Pendaftaran Sekolah (School Registration Number) MESTI ditulis
pada ruang yang disediakan di Borang Pendaftaran Pemain / Senarai
Pemain.
4.4 Pemain Kategori Bawah 15 Tahun dan Kategori Bawah 18 Tahun perlu
menunjukkan Kad Pengenalan atau Surat Akuan JPN 1/9 atau JPN 1/11 yang
disahkan (dokumen ini dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Pendaftaran, Petaling Jaya)
kepada pegawai bertugas di padang permainan yang dilantik oleh Jawatankuasa
Pengelola.
4.5 Pemain Kategori Bawah 12 Tahun dikehendaki menunjukkan salinan Surat
Beranak yang disahkan oleh Guru Besar masing-masing. Mana-mana pemain
Bawah 15 Tahun yang sedang belajar dalam Tingkatan Satu tetapi masih belum
mempunyai Kad Pengenalan, salinan Surat Beranak yang disahkan Pengetua
perlu digunakan sekiranya belum memiliki JPN 1/9 atau JPN 1/11.
4.6 Sebarang pertikaian hak dan status mana-mana pemain akan ditentukan dan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingannya dan keputusannya adalah
muktamad.
5. PENDAFTARAN DAN WARNA JERSI |
5.1 Hanya pemain yang didaftarkan di dalam Borang C07 sahaja boleh mengambil
bahagian dalam pertandingan bola sepak ini.
5.2 Seramai 18 orang pemain dan EMPAT ORANG pegawai (dikalangan WARGA JABATAN PELAJARAN sekolah SAHAJA) hendaklah didaftar bagi setiap pasukan. Pendaftaran bagi setiap perlawanan ialah 18 orang pemain dan 11 pemain utama sahaja akan masuk ke padang . Selebihnya adalah pemain simpanan. Ini tidak termasuk pemain yang dikenakan hukuman gantung permainan.
5.3 Borang senarai pemain (starting list) untuk setiap perlawanan mesti
diserahkan kepada pegawai perlawanan (Guru / Pegawai Bertugas) sebelum
sesuatu perlawanan itu dimulakan. Senarai pemain dan EMPAT (4) orang
pegawai (WARGA JABATAN PELAJARAN sekolah SAHAJA) bagi setiap pasukan yang didaftarkan sepanjang pertandingan ini adalah dikira muktamad. Pengelola akan menyediakan Borang Senarai Pemain yang lengkap dan Pengurus atau Jurulatih hanya perlu menandakan ( / ) sebagai pemain utama atau ( X ) sebagai pemain simpanan di ruang STATUS PEMAIN.
CATATAN : Senarai 18 pemain dan EMPAT (4) orang pegawai (WARGA JABATAN PELAJARAN sekolah SAHAJA) yang didaftarkan di borang pendaftaran pemain / senarai pemain pada hari perlawanan pertama adalah dikira muktamad pada sepanjang kejohanan ini.
5.4 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan dan mendaftar satu set warna jersi
bagi setiap kategori semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Sekiranya
terdapat masalah persamaan warna maka pasukan pelawat perlu menukar jersi
yang berwarna berlainan kerana pihak pengelola tidak menyediakan jersi. Nama
pasukan yang disebut dahulu adalah dikira sebagai tuan rumah.
CATATAN : Pengurus-pengurus pasukan yang terlibat, sila berunding mengenai
warna jersi yang akan digunakan sebelum hari perlawanan.
6. FORMAT PERTANDINGAN |
Sila rujuk Peraturan Am (8) Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia .
Ada dua (2) jenis format pertandingan bagi kategori Bawah 18 Tahun.
* Pasukan yang bertanding dibahagikan kepada DUA DIVISYEN dengan LAPAN (6) kumpulan iaitu ABCDEF.
- DIVISYEN SATU terdiri daripada Kumpulan A dan Kumpulan B
- DIVISYEN DUA terdiri daripada Kumpulan C, D, E, dan F.
*Pusingan Awal akan dijalankan secara LIGA kumpulan dengan menggunakan peraturan dan undang-undang pertandingan liga.
DIVISYEN SATU (KUMPULAN A & KUMPULAN B)
Dua pasukan terbaik dari kumpulan A dan B secara automatik layak ke Separuh Akhir.
Perlawanan dalam Separuh Akhir dan Akhir adalah secara kalah mati dengan menggunakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
Pertandingan tempat ketiga dan keempat TIDAK akan diadakan.
DIVISYEN DUA (KUMPULAN C, D, E, F,)
Pasukan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bermain di peringkat suku akhir secara kalah mati dengan menggunakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
Perlawanan dalam Separuh Akhir dan Akhir adalah secara kalah mati dengan menggunakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
Pertandingan tempat ketiga dan keempat TIDAK akan diadakan.
6.1 MATA DAN KEDUDUKAN PASUKAN DALAM PUSINGAN AWAL (LIGA).
Pada peringkat ini, Pasukan yang menang memperolehi 3 mata, seri 1 mata dan
kalah 0 mata. Jika terdapat persamaan mata dalam menentukan JOHAN dan NAIB
JOHAN kumpulan , maka penentuan adalah berdasarkan perkara-perkara berikut :
6.1.1 Perbezaan jaringan yang banyak.
6.1.2 Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak.
6.1.3 Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dalam perlawanan liga.
(head to head)
6.1.4 Sekiranya tiada keputusan, maka keputusan akan ditentukan oleh pihak pengelola (lambungan duit) dan keputusannya adalah muktamad.
6.2 FORMAT PERMAINAN KALAH MATI.
Format ini akan dijalankan pada peringkat suku akhir,separuh akhir dan akhir.
Jika berlaku seri , maka masa tambahan diberikan (Rujuk tempoh permainan) dan
jaringan emas TIDAK AKAN digunapakai. Sekiranya selepas tamat masa tambahan
kedudukan masih seri, maka keputusannya akan ditentukan dengan mengambil
sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada.
6.3 TEMPOH PERMAINAN
6.3.1 PUSINGAN AWAL (LIGA)
KATEGORI | SETIAP SEPARUH MASA | REHAT |
BAWAH 15 TAHUN | 25 MINIT | 5 MINIT |
BAWAH 18 TAHUN | 30 MINIT | 5 MINIT |
6.3.2 SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR, AKHIR
* JIKA SERI, PERATURAN TAMBAHAN MASA DIGUNAPAKAI.
KATEGORI | SETIAP SEPARUH MASA | REHAT | MASA TAMBAHAN |
BAWAH 15 TAHUN | 35 MINIT | 5 MINIT | 7.5 + 7.5 MINIT |
BAWAH 18 TAHUN | 40 MINIT | 5 MINIT | 10 + 10 MINIT |
6.4 PERTUKARAN PEMAIN
Seramai LIMA (5) orang pemain daripada 18 yang didaftarkan pada setiap
perlawanan boleh ditukarkan pada bila-bila masa permainan dengan mengisi
Borang Pertukaran Pemain yang akan disediakan.
7. PAKAIAN PEMAIN |
7.1 Sila rujuk peraturan antarabangsa.
7.2 Setiap jersi yang digunakan hendaklah bernombor sepertimana yang dicatat
dalam borang pendaftaran C07.
7.3 Setiap pemain diwajibkan memakai “shin-guards “.
7.4 Semua pemain diwajibkan memakai kasut bola / “football boots “ bersama sarung
kaki (stockings) yang menutupi “ shin-guards “.
7.5 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian kemas dengan memasukkan jersi
ke dalam seluar.
7.6 Ketua Pasukan (Team Captain) atau penggantinya diwajibkan memakai “arm
band “
8. PENGADIL DAN PEMBANTU PENGADIL |
Pihak Pengelola dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menyediakan pengadil dan pembantu pengadil. Setiap bayaran pengadil dan dua orang pembantu pengadil bagi sesuatu perlawanan adalah menjadi tanggungjawab sekolah yang bertanding. Bayaran Pengadilan adalah secara TUNAI dan dapatkan resit rasmi daripada Pegawai / Guru Bertugas. Pihak pengelola BERHAK menuntut bayaran pengadilan daripada sekolah yang gagal menghadiri perlawanan.
Bayaran-bayaran adalah seperti berikut:
1) PENGADILAN = RM 25.00 TUNAI SETIAP PERLAWANAN BAGI SETIAP PASUKAN.
2) PENYERTAAN = RM 50.00 TUNAI BAGI SETIAP PASUKAN.
· PENGURUS/JURULATIH DIPINTA MEMBAWA BERSAMA BAYARAN PENYERTAAN
PASUKAN ATAU PASUKAN-PASUKAN ANDA PADA HARI MESYUARAT
PENGURUS-PENGURUS PASUKAN.
9. MENARIK DIRI, MENYERAH KALAH DAN KELEWATAN |
9.1 Menarik diri atau menyerah kalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
9.2 Pasukan yang menarik diri dalam pusingan awal TIDAK LAYAK untuk meneruskan
perlawanan peringkat seterusnya.
9.3 Bagi pasukan yang menarik diri semasa perlawanan sedang berjalan, kesemua
perlawanan pasukan terbabit TIDAK DIAMBILKIRA.
9.4 Bagi pertandingan pusingan awal dan peringkat kalah mati kelewatan melebihi 15
minit dari jadual perlawanan, maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan mata kemenangan 3 mata dan jaringan 3 – 0.
9.5 Mana-mana pasukan / sekolah yang enggan bermain, menarik diri atau enggan
meneruskan perlawanan akan dikenakan tindakan tatatertib dan pihak Pengelola
berhak membuat laporan bertulis kepada pihak PPD Kota Setar.
10. BANTAHAN |
Sebarang bantahan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan (GURU SAHAJA) dengan menyerahkan bersama Surat Bantahan beserta wang sejumlah RM 200.00 sahaja kepada Pengelola dalam tempoh : 15 minit selepas perlawanan tamat.
Wang RM 200.00 tersebut akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut didapati benar oleh Juri Rayuan. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
(Sila rujuk senarai juri rayuan yang dilampirkan).
11. AMARAN KAD KUNING DAN KAD MERAH PERATURAN TATATERTIB MSSM |
Di bawah kuasa yang diberikan dalam Peraturan Am 15 MSSM, AJK Pengelola Pertandingan membuat satu keputusan dalam “AMARAN KAD KUNING / KAD MERAH” seperti berikut:
A. 2 (dua) amaran dalam masa pertandingan - gantung 1 (satu) perlawanan
B. 2 (dua) amaran dalam perlawanan - gantung 1 (satu) perlawanan
C. Perintah keluar padang - gantung 2 (dua) perlawanan
D. Perintah keluar padang atas kesalahan yang serius - gantung semua perlawanan dan tindakan tatatertib akan dikenakan.
· Semua pengurus / jurulatih perlu peka dalam hal ini.
· Semua pengurus / jurulatih perlu peka dalam hal ini.
12. ETIKA PERMAINAN |
Pengurus (GURU) dan Jurulatih pasukan (Warga Jabatan Pelajaran) bertanggungjawab kepada etika dan tingkah laku pegawai, pemain dan para penyokong pasukannya serta memastikan semangat kesukanan yang tulin terpelihara. Konsep “Fair Play, Please “ anjuran FIFA/FAM perlu ditegaskan.
Sebarang bentuk penipuan dalam pendaftaran, sengaja tidak hadir dalam perlawanan atau menunjukkan sikap kurang sopan terhadap mana-mana pegawai pertandingan atau pemain, atau keluar padang memprotes keputusan pengadil (referi) dan pembantu pengadil adalah antara perbuatan yang dianggap serius dan bertentangan dengan etika pertandingan.
13. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN |
Segala hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh AJK Pengelola Pertandingan yang keputusannya adalah MUKTAMAD kecuali diputuskan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Kota Setar
Setiausaha Pengelola,
Pertandingan Bola Sepak MSSM Daerah Kota Setar 2011,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan
06250 Alor Setar.
Langgan:
Catatan (Atom)