SEMOGA PADA TAHUN INI KITA SEMUA DIKURNIAKAN KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN YANG BAIK SERTA DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN. INSYAALLAH DENGAN NIAT YANG IKHLAS DAN HATI YANG BERSIH MUDAH-MUDAHAN KITA SEMUA MENDAPAT ILHAM DAN PETUNJUK YANG BAIK DARIPADA ALLAH SWT DALAM SETIAP USAHA KITA MENERUSKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI ALLAH YANG FANA INI.
SUKAN MENJANA ATLET SEIMBANG
MELAHIRKAN ATLET AMAT SUKAR TETAPI MENCIPTA ATLET AMAT MUDAH
Jumaat, 31 Disember 2010
SELAMAT TAHUN BAHARU 2011
Khamis, 30 Disember 2010
MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010
TAHNIAH, DOA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DI MALAM 17 MUHARAM DIMAKBUL ALLAH. AKHIRNYA IMPIAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG DAHAGAKAN KEJAYAAN PASUKAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MENJADI REALITI .
HARAPAN KEPADA SEMUA PEMAIN JANGAN LUPA DIRI, SOMBONG DAN ANGKUH SELEPAS INI KERANA INI ADALAH PERMULAAN UNTUK PERJUANGAN YANG MASIH JAUH.
PEMENANG KASUT EMAS SAFEE SALI 5 GOL
KEJAYAAN SKUAD NEGARA MUNCUL JUARA BARU PIALA AFF SUZUKI 2010, berteraskan konsep 1Malaysia, Ketua Jurulatih K Rajagobal, Penolong Jurulatih Tan Cheng Hoe, Jurulatih Penjaga Gol Mohd Faozi Mukhlas serta pemain-pemain Harimau Malaya .. supperb recipe !
Rabu, 29 Disember 2010
Sukan Sekolah diperkasa 2011
Kementerian Pelajaran telah memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun 2011.Berikut merupakan langkah tersebut:
1. Menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah
2. Memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum
3. Pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini
4. Dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan
5. Penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat
6. Peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini
7. Menambah jadual kokurikulum dan ia akan susun balik.Dicadangkan sukan diajar dalam jadual waktu persekolahan supaya pelajar tidak perlu pulang.

Selasa, 28 Disember 2010
MESYUARAT GURU PERTAMA 2011
MESYUARAT GURU KALI PERTAMA
TEMPAT : BILIK WAWASAN
MASA : 9.00 PAGI
HARI : SELASA
AGENDA
1.Aluan Pengerusi.
2.Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3.Perkara berbangkit.
4.Pemakluman dari atas.
5.Taklimat Pentadbiran.
6.Budaya Buka Sekolah.
7.Pemantauan Kurikulum Berkualiti.
8.Pemantauan Kepimpinan Instruksional.
9.Pemantauan Sains dan Matematik.
10.Memperkasakan Bahasa Melayu / Memantapkan Bahasa Inggeris.
11.Latihan Dalam Perkhidmatan.
12.Hal-hal lain.
Isnin, 27 Disember 2010
HARIMAU GARANG
TAHNIAH
Pemain bola kebangsaan telah buktikan kepada diri sendiri, mereka ada mutu permainan dan semangat sepasukan yang tinggi. Tahniah Malaysia 3-0!
PENJARING GOL PERTAMA M. Safee 61'
PENJARING GOL KEDUA M. Ashari 68'
PENJARING GOL KETIGA M. Safee 73'
PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN AKHIR 1 : SHAHRUL IDLAN TALAHA
26 Disember 2010 satu tarikh malang untuk seluruh Indonesia. Dari tsunami, gempa bumi dan terbaru diganyang team Harimau Malaya. Mimpi buruk terbaru ini pasti menghantui selamanya...
Kejayaan Harimau Malaya Malam 21 Muharam 1432
1. Di Rahmati ALLAH SWT
2. Berkat doa Rakyat Malaysia
3. Semangat Juang Pasukan Malaysia
4. Tidak Bongkak malah merendah diri
5. Sokongan Peminat Sebagai Pemain ke 12

*Tahniah dan syabas Kesemuanya Pemain dan Rakyat Malaysia.
Jersi Gergasi
Pelakon Terbaik Perlawanan Akhir MARCUS LASER
Meraikan kemenangan dengan cara yang aman
Antara penyokong yang membawa pistol laser yang dapat dikesan melalui Satelit
Bakal dinobatkan sebagai pemenang KASUT EMAS PIALA AFF SUZUKI 2010 ( 4 Gol)
Ahad, 26 Disember 2010
MALAM PENENTUAN
PERLAWANAN AKHIR
PIALA AFF SUZUKI 2010
Tanah Tumpahnya Darahku.. kata-kata keramat yang perlu disemat didada Harimau-harimau kita.. Malam ini menjadi saksi kebangkitan Harimau. Pertembungan epik yang hebat antara Harimau dan Garuda akan berlaku.. Mampukah Harimau membaham Garuda? atau adakah Sang Garuda akan mematuk Harimau? Saksikan pertempuran hebat antara Harimau dan Garuda di Bukit Jalil.!

Sabtu, 25 Disember 2010
SUKAN DALAM ISLAM
Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas-nas berikut:-
1). Islam menggalakkan umatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:
“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal)
2). Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:
“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (247 : al-Baqarah)
3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير
Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih)
4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.
Maksudnya:
“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”(Hr Bukhari – sahih)
5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.
Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)
6) Nabi saw menggalakkan sahabat-sahabatnya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Jumaat, 24 Disember 2010
TAHUN 2011 BAKAL MEMBUKA LEMBARAN BARU SUKAN SMKBP
TAHUN 2010 BAKAL MELABUHKAN TIRAI 7 HARI LAGI...
UNIT SUKAN SMK BUKIT PAYONG AKAN MEMAPARKAN DAN MEMBERIKAN INFORMASI TERKINI PERKEMBANGAN SUKAN PERINGKAT SEKOLAH ,NEGERI DAN ANTARABANGSA...
BLOG INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA
SALAM 18 MUHARAM DARI PENGENDALI BLOG

Langgan:
Catatan (Atom)